Sunday, July 6, 2008

Politics - Americk Sidhu

http://anwaribrahimblog.com/2008/07/05/kenyataan-media-oleh-americk-sidhu-dan-sivarasa-rasiah/

KENYATAAN MEDIA OLEH AMERICK SINGH SIDHU

4hb Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Saya telah diberitahu bahawa Encik Balasubramaniam a/l Perumal telah pada pukul 11 pagi tadi di persidangan media yang diadakan di Prince Hotel mengeluarkan suatu akuan bersumpah yang menarik kembali akuan bersumpah awal beliau yang diikrarkan pada 1 haribulan Julai 2008.

Alasan yang diberikan bagi penarikan kembali ini adalah kerana akuan bersumpah asal beliau yang dirakamkan sendiri oleh saya telah “dipaksa untuk diikrarkan di bawah tekanan”.
Tiada perincian rapi diberi berhubung dakwaan paksaan dan tekanan tersebut. Encik Bala dilaporkan hanya berdiam diri di persidangan akhbarnya pagi ini apabila ditanya mengenai siapakah yang menakut-nakutkan beliau.

Untuk rekod, saya ingin menyatakan bahawa akuan bersumpah yang diikrarkan oleh Encik Bala pada 1 haribulan Julai 2008 yang mana telah dikeluarkan semalam telah diikrarkan dengan rela hati di hadapan saya dan di dalam kehadiran seorang pesuruhjaya sumpah bernama Dr. T. Yokheswarem.

Saya juga ingin menekankan bahawa saya telah selama 26 tahun lamanya menjadi ahli Badan Peguam Malaysia dan tidak pernah sekalipun saya bersepakat dengan mana-mana anakguam saya dengan memaksa mereka memberikan maklumat palsu dalam apa keadaan sekalipun.
Kali pertama saya berjumpa dengan Encik Bala adalah dalam sekitaran dua bulan lalu di sebuah restoren di dalam kehadiran beberapa orang yang lain di mana beliau meminta saya untuk menolong beliau untuk mendokumenkan keterangan beliau. Saya memulakan proses tersebut dua minggu selepas itu. Saya menemui beliau beberapa kali dan akan mencatat apa yang beliau beritahu......


http://anwaribrahimblog.com/2008/07/05/kenyataan-media-oleh-americk-sidhu-dan-sivarasa-rasiah/

-------------

No comments: